|
Isnin, 5 September 2016 • 6:59 PTG • 0 comments
Bismillah,
Aku bersyukur kerana aku masih bernafas pada hari ini menikmati setiap pemberian-Nya. Aku bersyukur atas segala kuriniaan-Nya. Hari yang mendatang membawa seribu makna yang kita tidak tahu kesannya. Kita sering mempersoalkan setiap ujian yang diberikan tanpa memikirkan HIKMAH disebaliknya. Allah memberikan kegagalan harini untuk kita cuba bangkit di masa hadapan. Dulu, aku selalu menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Sehingga segalanya menjadi semakin buruk dan satu hari Allah tunjuk kepadaku. Tunjuk apa yang menyebabkan segalanya berlaku. Dan akhirnya aku sedar. Sedar bahawa apa yang aku lalui pada ketika itu adalah kerana perbuatan aku. Kerana aku yang leka dengan nikmat dunia yang sementara. Kadang kadang kita tak sedar bahawa segalanya berlaku kerana diri kita bukan orang lain. Kau gagal kenapa? Sebab orang tak ajar kau? Sebab cikgu tak pandai ajar? Tak, sebenarnya sebab kelekaan kau. Kenapa orang bukan Islam boleh berjaya dan pandai? Sebab USAHA. Kau doa banyak mana pun, kalau kau tak usaha memang kau takkan berjaya. Aku takde lah pandai mana. SPM pun belum lagi hahaha. Tapi aku cuma nak buka mata semua je. Buka mata yang masih tertutup tu. Aku nak ingatkan "USAHA TANGGA KEJAYAAN" , "KAU BERUSAHA, KAU BERJAYA".
|
Disclaimer
Bonjour Earthling! ![]() Tagboard
No Harsh Word Please! ![]() Sweet Memory
|