Dashboard | +Follow
You'll Be Mine
Isnin, 5 September 2016 • 6:59 PTG • 0 comments

Bismillah,
Aku bersyukur kerana aku masih bernafas pada hari ini menikmati setiap pemberian-Nya. Aku bersyukur atas segala kuriniaan-Nya. Hari yang mendatang membawa seribu makna yang kita tidak tahu kesannya. Kita sering mempersoalkan setiap ujian yang diberikan tanpa memikirkan HIKMAH disebaliknya. Allah memberikan kegagalan harini untuk kita cuba bangkit di masa hadapan. Dulu, aku selalu menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Sehingga segalanya menjadi semakin buruk dan satu hari Allah tunjuk kepadaku. Tunjuk apa yang menyebabkan segalanya berlaku. Dan akhirnya aku sedar. Sedar bahawa apa yang aku lalui pada ketika itu adalah kerana perbuatan aku. Kerana aku yang leka dengan nikmat dunia yang sementara. Kadang kadang kita tak sedar bahawa segalanya berlaku kerana diri kita bukan orang lain. Kau gagal kenapa? Sebab orang tak ajar kau? Sebab cikgu tak pandai ajar? Tak, sebenarnya sebab kelekaan kau. Kenapa orang bukan Islam boleh berjaya dan pandai? Sebab USAHA. Kau doa banyak mana pun, kalau kau tak usaha memang kau takkan berjaya. Aku takde lah pandai mana. SPM pun belum lagi hahaha. Tapi aku cuma nak buka mata semua je. Buka mata yang masih tertutup tu. Aku nak ingatkan "USAHA TANGGA KEJAYAAN" , "KAU BERUSAHA, KAU BERJAYA". 

SAJAK BAHASA
Sabtu, 20 Julai 2013 • 12:55 PG • 0 comments

Bahasa
jangan kita lupa,
kerna bahasa jernih bangsa,
kerna bahasa cinta tercipta.

Sayangnya,
bahasa kian dilupa,
kian disalah guna,
oleh manusia lidah bercabang dua.

Wahai sahabat tercinta,
marilah bersama melakar bahasa,
bagi membentuk negara berjaya,
bagi mengharum bangsa ternama.

Bahasa jika ditutur dengan hati yang mulia,
pasti hilang gundah-gulana,
pasti hilang pahit dijiwa,
kata yang baik membawa doa,
mengubah pekerti menjadi mulia.

Bahasa! bahasa! bahasa!
engkau bagaikan nadi setiap bangsa,
tunggak setiap naluri sufi,
kekasih setiap hati.


Hasil nukilan : Nuratiqah Nabihah Abd Rahman





Cara mengatasi masalah dengan .....
Ahad, 30 Jun 2013 • 3:48 PG • 0 comments

Setiap orang pasti mengalami masalah tersendiri , tipu lah kalau seseorang itu tidak menagalami masalah kan ? walaupun sekaya mana pun orang itu pasti mereka akan mengalami masalah , sama ada masalah keluarga ataupun maslah harta. Oleh itu , sekiranya kita mengalami masalah janganlah kita merasa diri kita ini malang kerana Allah menguji seseorang itu ada sebabnya. Allah menguji setiap manusia kerana Dia mahu melihat kesabaran hambaNya dalam menempuh segala ujian. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah sentiasa mendampingi mu semasa dirimu menghadapi masalah . Jangan lupa senyummm :))))

Disclaimer
Bonjour Earthling!


Hello Dear! Welcome to my blog! The place where I keep my dreams I hope you enjoy the journey through my life and adventures and do not leave without comment!



Tagboard
No Harsh Word Please!




Sweet Memory